Pesta Wau Antarbangsa kali ke-32 telah berlangsung di
Pantai Geting Tumpat, bermula 28 Mei 2014. Sebanyak 42 peserta antarabangsa
dari 18 buah negara termasuk Australia, Belgium, China, England, Itali, New
Zealand dan Sweden di samping 180 peserta kebangsaan. Terdapat 22 acara
pertandingan dipertandingkan sepanjang empat hari pesta berlangsung selain
turut menganjurkan bengkel membuat wau kepada pelajar sekolah menengah.
PKB telah menghantar 3 penyertaan Kategori Wau Bercahaya
sempena Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2014 yang berlangsung 30 Mei 2014
melalui pelajar AR201 (kelab wau) yang diketuai oleh En. Chung Boon Chuan. Daripada
3 penyertaan, PKB telah berjaya mendapat tempat Ke-3 bagi 2 Kategori Terbuka
iaitu Wau Bercahaya Paling Terbaik dan Wau Paling Terang. Kategori bagi Pesta
Wau Bercahaya Antarabangsa yang berlangsung pada malam tersebut membabitkan
penyertaan daripada pelbagai agensi seperti hotel, institusi pengajian tinggi,
agensi pelancongan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan peserta antarabangsa.
Sebanyak 75 penyertaan yang telah diterima bagi kategori Wau Bercahaya Terbuka.