1. HAJI SAZAMI BIN SHAFI'I (Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan) 2. MUZIMAH AIDA BINTI MD MUSTAFA (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 3. MAZLAN BIN CHE MD JUSOH (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 4. BAZLINA BT BAKRI (Pegawai Belia & Sukan-Dalaman) 5. WAN ROZAIMIE BIN WAN MAMAT (Pegawai Belia & Sukan-MSP) 6. MUNEERAH BT HULAWI ( Setiausaha JSKK)
Pengurusan Kokurikulum PKB
1. WAN MUHAMMAD MARZUDI BIN WAN MUHAMMAD
(Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan)
2. MAZLAN BIN AMBAK
(Ketua Kursus Kokurikulum 1)
3. HASMADI BIN AB.AZIZ
(Ketua Kursus Kokurikulum 1)
4. BAZLINA BT BAKRI
(Pegawai Belia & Sukan-Dalaman)
5. WAN ROZAIMIE BIN WAN MAMAT
(Pegawai Belia & Sukan-MSP)
6. MUNEERAH BT HULAWI
( Setiausaha JSKK)
JSKK PKB
KURSUS KOKURIKULUM-Kelab/Persatuan/Sukan/Uniform untuk pelajar semester SATU dan DUA.
Pendaftaran Kursus KoKurikulum.
Saluran 1-Pelajar memilih kelab SUKAN di semester 1(berkredit)
dan Kelab Persatuan di semester 2 (berkredit).
Saluran 2- Pra syarat unit uniform di semester 1 (berkredit)
Unit Uniform semester 2 ( berkredit)
Unit Uniform semester 3, 4 hingga 6 (sokongan pangkat).
Pelajar semester SATU digalakkan menyertai Pasukan Unit Uniform di semester satu sebagai Pra Syarat untuk ke semester DUA sekiranya memilih saluran 2.
Jabatan Sukan,Kokurikulum & Kebudayaan PKB hanya membuka 4/9 unit uniform iaitu Askar Wataniah/Relasis/Pispa/Pengakap.
Sebarang pertanyaan sila datang ke JSKK
Thursday, July 25, 2013
Kem Kepimpinan Pelajar Kokurikulum PKB Sesi Jun 2013
4 Julai 2013, Kuala Besut, Terengganu.
Seramai 30 orang pelajar Politeknik Kota Bharu (PKB) telah menyertai Kem Kepimpinan Pelajar Kokurikulum PKB Sesi Jun 2013 selama 3 hari 2 malam di D’Lagoon Perhentian Island, Terengganu. Sasaran peserta program ini adalah merupakan Jawatankuasa Tertinggi dalam setiap Kelab Kokurikulum 2 (AR201) bagi sesi Jun 2013. Majlis perasmian program ini dirasmikan oleh En. Udom A/L Ewon selaku Ketua Kursus AR201 merangkap Pengerusi Program.
Tujuan utama Kem ini adalah mendedahkan peserta berkaitan dengan kemahiran asas untuk mengendalikan sesebuah kelab/persatuan. Kesemua peserta telah diterapkan tentang bagaimana menguruskan sesebuah kelab/persatuan dengan mengadakan pelbagai aktiviti seperti ice breaking, perkhemahan, ceramah kepimpinan, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Iktiar Hidup, keyakinan diri, kerjasama kumpulan (asas kaedah menjalankan aktiviti kokurikulum), pembentangan aktiviti (perancangan aktiviti kelab/persatuan sesi Jun 2013) dan persembahan kebudayaan. Jawatankuasa pengendali Kem ini ialah terdiri dari pensyarah yang berpengalaman iaitu Junekh Eyat Eng Tian-JKE (Pengarah Program), Mohd Sabri- JKM( Kem Komandan), Rosihan Aziz –JKA (Timb. Kem Komandan), Mohd Fadly -JKA(Kepimpinan), Anuar-JP(Kebudayaan),Mohd Azri-KOku (Ikhtiar Hidup). Hasil daripada kem ini juga, seramai 16 orang Ahli Jawatankuasa (AJK) Induk AR201 telah dilantik bagi membantu Unit Kokurikulum PKB bagi melaksanakan pelbagai program yang telah dirancang pada Sesi Jun 2013. Semua kejayaan ini hasil dari komitmen semua pihak terutama dari Tuan pengarah PKB, AJK Program PKB dan Unit Kokurikulum PKB.
Saturday, July 20, 2013
PERSEDIAAN MALPTAAC 8/2013
Assalamualaikum dan selamat berpuasa Satu perjumpaan akan diadakan pada tarikh berikut: Tarikh: 21/7/2013 (ahad) Tempat: Student center Masa: 5.00 petang Diwajibkan kepada semua anggota yang mempunyai no.tentera dan masih belajar di PKB (semua termasuk yang tak pergi kursus Perajurit Muda). Perjumpaan ini bertujuan untuk mengesahkan kesediaan anda mengikuti MalPTAAC 8 (Kem Tahunan Askar Wataniah Politeknik Malaysia) pada 3-17/11/2013 bertempat di Politeknik Seberang Prai, Pulau Pinang. Sekian, Wassalam.