Pengurusan Kokurikulum PKB

1. WAN MUHAMMAD MARZUDI BIN WAN MUHAMMAD (Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan) 2. MAZLAN BIN AMBAK (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 3. HASMADI BIN AB.AZIZ (Ketua Kursus Kokurikulum 1) 4. BAZLINA BT BAKRI (Pegawai Belia & Sukan-Dalaman) 5. WAN ROZAIMIE BIN WAN MAMAT (Pegawai Belia & Sukan-MSP) 6. MUNEERAH BT HULAWI ( Setiausaha JSKK)

JSKK PKB

KURSUS KOKURIKULUM-Kelab/Persatuan/Sukan/Uniform untuk pelajar semester SATU dan DUA. Pendaftaran Kursus KoKurikulum. Saluran 1-Pelajar memilih kelab SUKAN di semester 1(berkredit) dan Kelab Persatuan di semester 2 (berkredit). Saluran 2- Pra syarat unit uniform di semester 1 (berkredit) Unit Uniform semester 2 ( berkredit) Unit Uniform semester 3, 4 hingga 6 (sokongan pangkat). Pelajar semester SATU digalakkan menyertai Pasukan Unit Uniform di semester satu sebagai Pra Syarat untuk ke semester DUA sekiranya memilih saluran 2. Jabatan Sukan,Kokurikulum & Kebudayaan PKB hanya membuka 4/9 unit uniform iaitu Askar Wataniah/Relasis/Pispa/Pengakap. Sebarang pertanyaan sila datang ke JSKK

Wednesday, October 24, 2012

Petarung Seni Bela Diri Politeknik Kota Bharu Menjulang Nama Kelantan.

Seremban 7hb.Oktober 2012. Pasukan Seni Bela Diri Olahraga Tarung Derajat Kelantan muncul naib juara keseluruhan
dalam kejohanan Pemilihan Kebangsaan Tarung Derajat Kebangsaan fasa 2/2012
yang berlansung pada 5-7 Oktober 2012 bertempat di Seremban Centre Point Shopping Complex, Seremban Negeri Sembilan.
16 daripada 19 orang Petarung Kelantan adalah pelajar dari Pasukan Pencak Silat Politeknik Kota Bharu.  Kejohanan ini dikelolakan oleh
Tarung Derajat negeri Sembilan dengan Kerjasama Persekutuan Tarung Derajat Kebangsaan bagi membuat pemilihan
atlet Tarung Derajat Malaysia ke Sukan Sea di Myanmar 2013. Dalam Kejohanan kali ini Kontijen Kelantan
telah menunjukkan kesungguhan yang tinggi hingga berjaya menjadi naib Juara keseluruhan dengan memperolehi 3 Emas, 7 Perak dan 3 Gangsa.
Menurut Jurulatih TD Kelantan yang juga Ketua Kursus Kokurikulum PKB dan Wasit Juri TD Kebangsaan Leftenan Mohd Azri Abdul Ghani,
latihan yang dijalankan adalah setiap hari selepas kuliah iaitu 5.30 petang hingga 6.45 petang. Pada minggu akhir petarung di beri
latihan intensif di gelanggang Pusat TD Kelantan di Wakaf Bharu hari Jumaat-Sabtu dan hari ahad-khamis setiap malam pukul 8.30 - 11.30 mlm.
Saya korbankan masa rehat saya untuk membimbing petarung PKB dan Kelantan setiap hari agar mereka dapat mempertingkatkan kemahiran
dengan teknik tarung yang betul. latihan yang saya beri agak agresif sikit seperti ala tentera.
Saya merasa amat berbangga dengan penampilan yang ditunjukan oleh petarung dari PKB yang dapat melonjak nama kelantan dalam sukan beladiri
yang baru diperkenalkan di malaysia pada awal tahun ini. Sukan bela diri Tarung Derajat telah diperkenalkan di Sukan Sea tahun 2011 di Jakarta Indonesia
dan akan dipertandingkan di Sukan Sea di Myanmar tahun hadapan 2013,beliau mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak Pengurusan Politeknik Kota Bharu
kerana memberi sokongan kepada pelajar untuk mempelajari sukan baru ini. InsyaAllah sedikit masa lagi keahlian Tarung Derajat Kelantan (TDK) akan dilancarkan
dan dibuka kepada seluruh rakyat Kelantan yang berminat dalam sukan ini. Antara peneraju Tarung Derajat Kelantan ialah Presiden TDK Cikgu Wan Ab Halim,
Timbalan Presiden, Leftenan Mohd Azri Abdul Ghani (Pensyarah PKB yang juga wasit/juri TD Kebangsaan ), Zuber bin Zainal Abidin (staf HUSM/yang juga wasit/juri TD Kebangsaan),
Zamri bi Che Ya (Gurulatih TDK).Kami sedang mengintai ahli-ahli Korporat atau wakil-wakil rakyat yang berminat dengan sukan untuk menjadi penaung agar TDK lebih
teguh dan berkembang maju lagi.
Dalam Kejohanan Fasa 2/2012 pelajar PKB juga iaitu Muhammad Asraf bin yahya dari Kursus Diploma Kejuruteraan Elektrik telah dipilih menjadi atlet TD Malaysia
kerana merangkul pingat Emas dalam acara Tarung Bebas kategori 7 berat 67.1-70 kg, Asraf sungguh bangga dapat menaikkan nama Kelantan dan juga nama PKB
kerana dengan hasil usaha yang gigih semasa latihan yang dikendalikan oleh pensyarah PKB Lt Mohd Azri dan juga jurulatih Zamri bin Che ya saya telah berjaya ke tahap ini.
Dua lagi petarung alumni PKB yang menang pingat emas pada kejohanan fasa 1 di Kuantan tetapi telah tewas pada pusingan akhir di Negeri Sembilan akan bertarung lagi
dengan pemenang pingat emas fasa 2 pada 3-4 nov di Kuantan nanti bagi merebut tempat sebagai atlet malaysia. Semoga mereka mencapai kejayaan.

SENARAI PETARUNG PKB KE KEJOHANAN SENI BELA DIRI TARUNG DERAJAT KEBANGSAAN 5-7/10/12 DI NEGERI 9                       
   
PUTERA                   
Kat    BERAT (KG)        NAMA                                                                 KELAS
2         52.1-55              MOHD NOORAZHAKIMIE BIN AB. AZIZ        DKA5B
3         55.1-58              MUHAMAD AZUWAN BIN MAT NAWANG     alumni PAPKB   
5         61.1-64              MUHAMMAD NAQIUDDIN BIN HASSAN       DPT6B
7         67.1-70              MUHAMMAD ASRAF BIN YAHYA                    DKE6E
8         70.1-75             MOHAMAD SYAFIQ AIMAN B. MOHD SAUFI    DAT5C
9         75.1-80             MOHD SHAHRIL FIKRI B. NOORAZIAN              DUB3D
   
PUTERI                   
KAT     BERAT (KG)    NAMA                                                              KELAS
1          45.1-50            SITI NOOR FARINIE BINTI M.AZMI           Alumni PKB   
2          50.1-54            ZABARIAH MOHD RAZALI                           DKA2B
4           58.1-62          NURUL ATIQAH BT MOHD ASRI                  DUB3D
5          62.1-66           NOR FATIN FAZLINDA MOHD NORDIN      DKE6B

KAT     DERAJAT 2    NAMA                                                         KELAS
        AININA BT AZLAN                                                              DUB1C
        SITI NUR IDAYU BT YUSOFF                                            DEP5C
        NUR SYAHIRAH BT MOHD JAMALUDIN                         DPT1A


Program Pencegahan Kebakaran AR101


Tempat: Padang Bola Utama PKB
Tarikh : 28 Ogos 2012
Penceramah: Pasukan Bomba dan Penyelamat Kelantan (Ketereh) 
Peserta: Semua pelajar semester satu (1400 orang)
Tujuan utama
  Memupuk semangat kerjasama dan meneroka pengalaman baru khususnya dari aspek mencegah perlbagai jenis kebakaran..
 Mendedahkan pelajar tentang cara-cara mencegah kebakaran berdasarkan kepada sukatan Kursus AR101.
  Menarik minat generasi baru terutama pelajar semester satu terhadap program keselamatan dan pencegahan kebakaran. 
 Memupuk semangat kerjasama dan meneroka pengalaman baru khususnya dari aspek keselamatan dan pencegahan kebakaran.
Mendedahkan pelajar tentang cara-cara berkaitan keselamatan dan pencegahan kebakaran      berdasarkan kepada sukatan Kursus AR101.
Menarik minat generasi baru terutama pelajar semester satu terhadap program keselamata, pencegahan kebakaran dan kebajikan manusia.

Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri (TPM)


Tarikh : 16-22/09/ 2012  Tempat: Square One Mall Batu Pahat, Johor

Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri (TPM) edisi ketiga menjadi medan terakhir pemilihan pesilat ke temasya Sukan Universiti Asean (AUG) di Loas Disember ini.
Kejohanan ini disertai oleh 35 IPT dalam negeri dan 10 IPT luar ( Belanda, Belgium, Brunei, Indonesia, Loas, Singapura,Thailand,United Kingdom, Vietnam dan Yaman).Majlis Perasmian pembukaan oleh Profesor Dato’Dr. Mohd Noh Dalimin (naib Canselor UTHM) dan penutup oleh YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali Mohd Rostam (Presiden PESAKA).
8.0 KESIMPULAN; Impak/ Hasil Pembelajaran Pelajar (penerangan mengikut domain pembelajaran) :
Peserta PKB telah menunjukkan kesungguhan dalam menjalani latihan seterusnya menyertai kejohanan. Penyertaan yang sangat banyak dari pelbagai IPT dalam dan luar Negara dapat memberi pendedahan dan pengalaman kepada atlit PKB. Sesungguhnya kejayaan membawa balik 1Perak dan 3 Gangsa telah menyumbang mata kepada PKB dalam SukIPT 2012.