Pages

Sunday, October 16, 2011

Penyampulan Soalan Ujian Akhir AR201

PERHATIAN


Assalamualaikum
Mohon kerjasama pensyarah AR201 yang masih lagi tidak membuat penyampulan soalan sila datang atau HANTAR WAKIL ke Unit Kokuriklum untuk proses penyampulan soalan ujian akhir AR201. Penyampulan perlu dilakukan dengan kadar segera kerana ujian akhir akan dilakukan secara serentak pada 25/10/2011. Penyampulan soalan ujian adalah sulit, mohon kerjasama pensyarah AR201 menyimpannya di dalam bilik yang dikhaskan selepas proses penyampulan. Kerjasama pihak anda amat dihargai. Harap maklum, terima kasih.

Mohd Shakirin Bin Ab. Rahim
(Penyelaras AR201)

Wednesday, October 12, 2011

Borang Analisa Pengiraan Kehadiran Akhir 80% AR201

Salam,

Pohon kerjasama semua pensyarah kursus AR201
agar dapat menghantar satu salinan borang analisa
seperti tersebut di atas pada 13/10/11 ( Khamis )
ke Unit Kokurikulum
untuk tujuan audit dan rekod.
Sekian,terima kasih

Ketua Unit
UKK

Monday, October 10, 2011

LAPORAN AKTIVITI AR201

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Makluman dan perhatian kepada pensyarah yang mengajar AR 201.
Kepada mana-mana kelab/persatuan/unit beruniform/kelab sukan yang membuat sebarang aktiviti dengan menggunakan bantuan kewangan dari vot 42 (dipohon melalui En. Mohd Fadly), 
mohon kerjasama tuan/ puan untuk membuat laporan aktiviti dan menyerahkannya kepada unit Kokurikulum sebelum 20/10/2011 (Khamis). Ini adalah untuk persiapan audit.
 
Segala kerjasama dan keperihatinan pihak tuan/puan saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.
Kerjasama dari tuan/puan amatlah diharapkan.
 
Sekian,terima kasih.
 
Juliana MD jusoh
Pegawai Pendaftaran dan Rekod
Unit Kokurikulum